Rabu, 3 Disember 2008

P36 Kuala Trengganu.

Sebelum itu, Al-Fatihah disedekah kepada bekas timbalan menteri pelajaran Dato' Razali Ismail, yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 November yang lalu.


Dalam masa 60 hari akan datang, akan diadakan satu lagi PRU untuk mencari pengganti beliau bagi mewakili Parlimen Kuala Trengganu. Statistik PRU 13 lalu adalah seperti berikut,

P36 KUALA TERENGGANU
Jumlah Pengundi: 80,325
Peratusan Kaum: M: 88.14% C: 10.94% I: 0.65% L: 0.27%
1. Datuk Razali Ismail (BN) (32,562)
2. Maimun Yusuf (Bebas) (685)
3. Mohamad Sabu (Pas) (31,934)
Majoriti: 628
Jumlah undi: 66,112
Peratus mengundi: 82.31%
Undi rosak: 931
Penyandang: Datuk Razali Ismail (BN)
(Majoriti: 1,933 undi)


Mengikut statistik tersebut, beliau hanya memenangi majoriti kurang daripada 1000 undi.

Persoalannya, adakah keputusan p/r kecil masih akan berpihak kepada UMNO/BN, dalam keadaan UMNO/BN ketika ini dalam keadaan kucar kacir? Sentiasa berbalah sesama UMNO sendiri dan juga antara komponen BN.Pihak pembangkang akan sentiasa mencari ruang untuk memanipulasikan keadaan. Jentera2 pembangkang (penceramah dan blog2 pembangkang) akan memainkan sentimen pengundi supaya pengundi2 membenci UMNO/BN.Mereka mempunyai kelebihan kerana mereka menguasai 5 buah negeri.


Buat masa ini, mungkin masih awal lagi....masih kurang artikel2 yang dikhaskan untuk membantu kempen P36 Kuala Trengganu. Pihak pembangkang telah mula melancarkan perang saraf di dalam blog blog mereka. Mereka telah menggunakan sepenuhnya kuasa internet untuk menghadapi p/raya sejak 10 tahun dulu lagi.Kita bila lagi?


Kita ada banyak blogger yang hebat, yang mempunyai pelbagai akses kepada maklumat. Jadi kita dapat sama berganding bahu berkongsi idea, mempertahan dan menyerang kembali serangan blogger pro-pembangkang.Laman P36 perlu diwujudkan segera untuk menyalur maklumat berkaitan p/raya kecil tersebut....ta'kan kita nak tunggu hari penamaan calon baru nak buat...dah terlambat.