Ahad, 23 November 2008

Majlis Berkhatan beramai ramai.

Sg. Bayor SELAMA :-Pada hari Ahad (23/11/2008) satu majlis berkhatan beramai-ramai diadakan.Seramai 50 kanak kanak dari beberapa buah kampung sekitar Sg. Bayor mengambil bahagian dalam majlis tersebut. Majlis tersebut dimulakan dengan perarakan diiringi paluan kompang. Selepas itu, kanak kanak disembur dengan pancutan air daripada pasukan bomba SELAMA. Kanak kanak berkenaan diberi sedikit jamuan sebelum acara berkhatan dimulakan.

Acara tersebut dirasmikan oleh YB. Dato' Hamzah Zainudin, ahli parlimen Larut merangkap Timb. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Majlis ini dianjurkan bersama Hospital Daerah Selama, Klinik Kesihatan Sg. Bayor dan Krt Sg. Bayor.

Kami warga Sg. Bayor mengucapkan terima kasih kepada YB. Dato' kerana sumbangan beliau untuk menjayakan majlis tersebut.Semoga tahun depan diadakan lagi majlis seperti ini.


Seronok main hujan yee dik...


Sejuk...lain kali jangan main hujan..


Tak takut ke dikkkk....

Perasmian oleh Dato' Hamzah Zainudin.

Anak sahabat saya.....

Jamuan ringan disediakan...

Jangan potong kepala yeee dokk...

Mak dah kata jangan nakal...kan dah kena potong kepala.

Rabu, 19 November 2008

Melencong ke Melaka.

Pada malam jumaat, saya dan keluarga makan angin ke KL dan Melaka sempena cuti sekolah yang baru bermula. Kami tiba Rawang dan rehat di rumah keluarga di sana sebentar. Pkl 1.00pm kami bertolak ke Melaka. Mujurlah jalanraya tak sibokkk.Kami pergi melawat zoo Melaka dan Taman Buaya..lebih kurang pkl 7.00pm kami bertolak ke pusat Bandar Melaka. Kami bermalam di budget hotel di pinggiran Sg Melaka. Keesokan nya kami melawat kota lama Melaka. Begitu ramai pelancong asing dan tempatan melawat tempat2 menarik disekitar bandar Melaka.Tahniah kepada kerajaan Melaka kerana begitu prihatin dengan tahap kebersihan Bandar Melaka.....Yang tak seronoknya...kena saman paking...Sambil itu, sempat berjumpa dengan saudara dekat Melaka(semakin sihat ya kasih).Terima qaseh krn belanja makan asam pedas...Kami bertolak pulang ke KL pkl 2.00pm dan singgah di rumah saudara di Semenyeh pulak.....Malam tu kami pi Putrajaya.....sunyi sungguh Putrajaya di malam hari erkkk...Kami kembali ke Kedah pada hari Isnin.......Kalau ada duit kami p Melaka lagi....


Pintu masuk Zoo Melaka.


Si keci k di zirafahhhh....


Rehat....dkt Menara Taming Sari.

Warna warni Sg. Melaka.

Eye On Melaka.....

Warisan Kota Melaka

Berbunga bunga....penarik beca.

Konsert meganyam sumpit...

Menara jam Kota Melaka.

PICC....sunyinya Putrajaya.



Gambar semasa di Melaka dan Putrajaya....(maaf...gambar kurang memuaskan)