Ahad, 23 November 2008

Majlis Berkhatan beramai ramai.

Sg. Bayor SELAMA :-Pada hari Ahad (23/11/2008) satu majlis berkhatan beramai-ramai diadakan.Seramai 50 kanak kanak dari beberapa buah kampung sekitar Sg. Bayor mengambil bahagian dalam majlis tersebut. Majlis tersebut dimulakan dengan perarakan diiringi paluan kompang. Selepas itu, kanak kanak disembur dengan pancutan air daripada pasukan bomba SELAMA. Kanak kanak berkenaan diberi sedikit jamuan sebelum acara berkhatan dimulakan.

Acara tersebut dirasmikan oleh YB. Dato' Hamzah Zainudin, ahli parlimen Larut merangkap Timb. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Majlis ini dianjurkan bersama Hospital Daerah Selama, Klinik Kesihatan Sg. Bayor dan Krt Sg. Bayor.

Kami warga Sg. Bayor mengucapkan terima kasih kepada YB. Dato' kerana sumbangan beliau untuk menjayakan majlis tersebut.Semoga tahun depan diadakan lagi majlis seperti ini.


Seronok main hujan yee dik...


Sejuk...lain kali jangan main hujan..


Tak takut ke dikkkk....

Perasmian oleh Dato' Hamzah Zainudin.

Anak sahabat saya.....

Jamuan ringan disediakan...

Jangan potong kepala yeee dokk...

Mak dah kata jangan nakal...kan dah kena potong kepala.

2 ulasan:

taipingmali berkata...

salam sejahtera.

jadikan blog ini sebagai wadah perjuangan UMNO untuk Larut.

Banyakkan cerita politik

M.Saad berkata...

Tuan Taipingmali....

Terimakasih tuan..
Pemuda Larut akan melancarkan weblognya sendiri dalam masa terdekat.Dengan adanya laman tersebut, ia akan digunakan untuk menghebahkan aktiviti2 berkaitan politik setempat atau tempatan.