Rabu, 14 Oktober 2009

Mengawal media baru.

Bidang penulisan kini menjadi semakin mudah dengan muncul media interaktif bermula awal tahun 90'an. Kini laman blog seperti gogle, wordpress dan lainnya menjadi pilihan golongan penulis samada yang baru atau telah lama berkecimpung dalam bidang penulisan. Media baru ini menjadi pilihan kerana ia mudah dan murah. Dengan hanya mempunyai sambungan internet, penulis dapat meluahkan apa yang difikirkan perlu untuk disuarakan. Selain daripada itu, kita dapat menulis tanpa ada sekatan dan sempadan.

Walaubagaimanapun, kebelakangan ini media interaktif digunakan sewenang-wenangnya. Para penulis terutamanya blogger politik samada daripada pihak pembangkang atau penyokong kerajaan menggunakan sepenuh ruang untuk menghentam, memanipulasi, memprovokasi dan memfitnah secara melampau demi untuk kepentingan pihak tertentu. Keadaan ini, jika berlarutan akan mengwujudkan ketidakpercayaan terhadap berita yang dihasilkan oleh penulis penulis tersebut. Tulisan tulisan seperti ini semakin menjadi jadi ketika menghadapi sesuatu pilihanraya samada kecil atau umum. Tulisan seperti ini amat disukai oleh pengunjung blog atau web. Selain daripada itu, komen komen yang dilontarkan penuh dengan caci mencaci dan menghina dengan bahasa yang tidak sepatutnya. Ini membuktikan bahawa pengomen pengomen ini tidak berbahasa dan beretika. Dan keadaan akan menjadi semakin tak terkawal jika sesuatu isu akan membenihkan perasaan benci antara satu sama lain. Dan akhirnya tindakbalas daripada pihak lawan secara fizikal. Isu isu perkauman juga boleh menyebabkan ketidakpuasan hati antara sesama kaum di negara ini. Lama kelamaan, ia akan membenihkan perasaan curiga dan yang lebih burok peristiwa rusuhan kaum akan berulang.

Oleh yang demikian, pihak berkuasa yang berkaitan di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan perlu memantau laman blog atau web yang menyiarkan isu isu sensetif. Pemguatkuasaan yang lebih tegas untuk mengelakkan penulis penulis yang tidak bertanggungjawab ini daripada terus untuk menanam api kebencian di dalam negara yang bermasyarakat majmuk ini. Jangan biarkan ia menjadi api dalam sekam yang akhirnya menghancurkan kedamaian yang semakin terhakis ini.

Selain daripada itu, kita mengharapkan penulis atau pemilik laman lebih bertanggungjawab untuk menyiarkan rencana/tulisan yang tidak merosakkan keharmonian masyarakat. Komen komen yang kasar, memaki hamun dan lucah tidak disiarkan. Dengan cara ini, pengomen akan lebih berbahasa ketika membuat sebarang komen terhadap isu yang dibicarakan.

Semoga kita semua dapat mengujudkan persekitan yang sihat dalam memberi pandangan dan menghormati pendapat yang diluahkan orang lain di alam cyber. Percambahan minda yang sihat akan menghasilkan manusia yang toleran dan saling hormat- menghormati.

Ahad, 11 Oktober 2009

Menang di Bagan Pinang.

Keputusan PRK Bagan Pinang telah diketahui dan calon UBN telah memenangi PRK di Bagan Pinang dengan majoriti yang lebih besar. Syabas dan tahniah kepada petugas UBN yang telah berusaha bersungguh sungguh walaupun kawasan ini merupakan kawasan kubu kuat UBN.

Nampaknya hasrat Presiden PAS untuk merobek kawasan selatan masih belum berjaya. Walaupun dipenuhi dengan insiden pergaduhan dan serang menyerang, tetapi keputusan masih berpihak kepada UBN. Dan diharap kekalahan ini akan menyedarkan puak puak pembangkang bahawa deretan fitnah dan provokasi melampau bukanlah kaedah terbaik untuk memenangi hati pengundi. Mereka sentiasa mencari salah dan juga mencipta alasan http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/10/12/mstar_berita/20091012072704&sec=mstar_berita untuk menafikan kekalahan adalah daripada kesilapan mereka sendiri. Tidak seperti BN yang kalah dalam PRK tetapi mengakui kekalahan itu adalah kelemahan UBN itu sendiri.

Dengan kemenangan ini akan meningkatkan momentum keyakinan terhadap UMNO dan meningkatkan moral penyokong untuk berjuang dengan lebih gigih demi memastikan PRK 13 memihak kepada UBN.

Khamis, 8 Oktober 2009

Berpolitik cara baru.

Pilihanraya kecil Bagan Pinang akan berakhir pada 11/10/09 selepas keputusan diistiharkan oleh SPR sekitar jam 9.00 malam hari tersebut. Ketika ini, setiap parti berkempen untuk meraih perhatian pengundi untuk memenangkan calon masing masing. Kali ini juga pihak SPR menguatkuasakan larangan menaikkan bendera/poster kepada parti yang tidak bertanding. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puasa di pihak pembangkang terutama PKR dan DAP yang terpaksa menurunkan bendera/poster masing masing. PRK Bagan Pinang juga dicemari insiden pukol/gaduh sehingga mencederakan fizikal individu yang terlibat disini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1003&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm dan http://perakexpress.com/www/2009/10/08/markas-pemuda-pas-diceroboh-petugas-ditetak/.


Kejadian kejadian diatas menunjukkan kita semua masih tidak rasional dan memahami demokrasi. Kita masih dibelengu kejumudan berpolitik tak kira siapa kita samada UBN atau PR. Adakah perkara seperti perlu dibiarkan berterusan? Kita mengharapkan rakyat melangkah maju kehadapan dalam pelbagai bidang tetapi kita masih berpolitik dengan cara lama. Pemimpin pemimpin terutamanya pembangkang masih menanam benih kebencian di hati setiap pengikut pengikut. Masalahnya, kebencian ditanam terhadap sebangsa dan seagama dengannya. Benih kebencian inilah yang menyebabkan kecurigaan sesama kita. Kebencian dan kecurigaan ini menyebabkan sekumpulan orang didalam kelompok masing masing cuba untuk meniupkan api kemarahan antara satu sama lain. Antaranya ialah merosakkan poster/pemidang parti lawan. Sudah semestinya, tindakbalas akan dilakukan oleh pihak lawan demi membalas dendam dan memuaskan hati. Lalu terjadi perkara seperti diatas.
Terdapat pihak yang mengambil inisiatif untuk memanipulasikan keadaan tersebut. Penulis penulis blog menjadikan isu ini lebih sensasi dan diolah supaya dapat membenihkan lebih kebencian dan perkara ini berterusan.

Oleh itu, kaedah kita berpolitik perlu berubah. Dan perubahan ini perlu dimulakan oleh peringkat kepimpinanan atasan daripada kedua dua pihak. Kita perlu bersama bertanggungjawab untuk tidak mengutuk, mengecam, mensabotaj dan menunjuk gedebe yang berlebihan. Kita perlu mengamalkan sifat senderhana dan bertoleransi. Pendidikan berpolitik perlu untuk mengawal tindak tanduk penyokong daripada bertindak berlebihan yang akan memburukkan keadaan. Pihak keselamatan perlu lebih tegas dan telus dalam melaksanakan tanggungjawab semasa pilihanraya dijalankan. Penulis/wartawan perlu menulis dengan penuh berhemah untuk bersama sama mendokong politik sihat , bukan mencurah minyak ke dalam api seperti ini http://penarikbeca.blogspot.com/2009/10/hang-orang-pas-pegi-mampoih-la-hang.html.

Semoga kita dapat hidup bersama tanpa rasa curiga dan berpolitik dengan penuh toleransi dan bijaksana.

Ahad, 4 Oktober 2009

Pembentangan usul Pemuda UMNO Larut.

Usul ini dibentangkan di Persidangan Pemuda UMNO Larut 2009 pada 3/10/09.

Politik.
Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan syukor kerana kita dapat bersama berkumpul pada hari ini, untuk bersama menunaikan tanggungjawab kita sebagai ahli pemuda UMNO seluruh Larut .Diharap dengan kehadiran saudara2 bukan hanya untuk melengkapkan korum tetapi dapat mencambah fikiran. Saya juga mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan KP Larut untuk membentangkan usul pada hari ini.

Seperti yang kita telah maklum, pada Pilihanraya Umum yang lalu, Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO telah kehilangan beberapa negeri dan tidak mencapai 2/3 majoriti. Keadaan ini disebabkan oleh terhakisnya kepercayaan umum terhadap BN. Perkara ini berlaku disebabkan oleh sikap alpa kita terhadap gelombang perubahan yang berlaku sehingga ia dianggap tsunami politik BN. Selepas kekalahan tersebut, pelbagai rumusan dibuat demi mencari penawar diatas kejutan tersebut. Tetapi semua altenatif yang dibuat masih belum menampakkan hasil. Bukti kegagalan tersebut ialah kekalahan demi kekalahan dalam pilihanraya kecil yang diaturkan selepas itu. Kita pun tertanya tanya, mengapakah hal seperti ini berlaku. Jawapan nya ialah “isu rasuah”.

Jika kita masih ingat, tragedi tahun September 99 lah yang merupakan titik tolak segala kemelut yang berlarutan sehingga hari ini yang memberi kesan lansung kepada kecelaruan di dalam UMNO itu sendiri. Isu isu rasuah dimainkan oleh pihak pembangkang saban hari selama 10 tahun dan akan terus berkumandang selagi mereka tidak berjaya menguasai kerajaan. Di laman laman web,blog dan akhbar mereka menyerang dengan begitu hebat dan tersusun.Di kawasan luar bandar ,setiap siri ceramah pembangkang diselitkan dengan isu rasuah. Di pihak kita pula ,kita tidak mampu untuk menangkis serangan serangan yang dihalakan.Hasilnya kita dapat lihat kini, mereka berjaya merobek negeri seperti Perak ini yang dikatakan putih oleh pemimpin terdahulu.

Mengapa rasuah menjadi salah satu unsur kejatuhan UMNO/BN? Rasuah mula menular dalam pemilihan UMNO apabila jawatan didalam UMNO merupakan jalan pintas kearah kekayaan. Gejala ini bermula sekitar tahun 90an. Calon yang bertanding akan berusaha untuk membeli perwakilan dengan menabur pelbagai ganjaran. Ini menyebabkan calon yang berduit akan menang dan menguasai parti manakala calon yang berkaliber dipinggirkan. Kesannya, pemimpin yang dipilih tidak menghayati perjuangan dan membiarkan ahli bawahan terumbang ambing. Lama kelamaan , rakyat bawahan akan meluat dengan tingkahlaku pemimpin UMNO dan seterusnya dihasut oleh pihak pembangkang untuk membenci parti UMNO. Manakala yang terpelajar akan mencari alternatif lain untuk menyuarakan pandangan.

Satu persoalan yang timbul, adakah kita semua akan membiarkan perkara ini berlarutan. Sehingga ia menjadi barah yang lebih teruk yang mampu membunuh UMNO itu sendiri.
Tentunya kita tidak mahu parti ini hancur dimamah oleh barah yang dicipta oleh kita sendiri. Maka, Pemuda UMNO Larut dengan ini mengusulkan:-

i) Menyokong idea Presiden UMNO menghapuskan kuota pencalonan dalam pertandingan yang akan datang. Dengan terhapusnya sistem kuota, semua ahli yang dicalonkan akan bertangding secara sihat. Dan calon yang berhasrat untuk bertanding tidak perlu merasuah untuk melengkapkan kuota.
ii) Menyokong pindaan draf perlembagaan UMNO supaya pengundian pemilihan UMNO peringkat bahagian dibuat di cawangan dan pemilihan pusat dibuat di bahagian seluruh negara. Jumlah perwakilan yang layak mengundi ditambah supaya setiap ahli UMNO dapat bersama memilih pemimpin yang akan memimpin mereka kelak.Dan diharap dengan bertambahnya perwakilan, akan mengurangkan dan menghapuskan unsur rasuah di dalam UMNO.
iii) Sesiapa yang terlibat dengan rasuah samada dituduh atau disalahkan dengan rasuah perlu ditendang dari persada politik UMNO. Ingatlah rasuah adalah pembunuh UMNO.

Kalau kita lihat sokongan kepada UMNO, kita dapati saluran pemuda 40an dan kebawah semakin menjauhi UMNO/BN. Jika senario ini berterusan, ini akan memberi kesan yang burok kepada PRU 13 yang akan datang. Oleh itu, kami berharap sesuatu akan dilakukan oleh Pemuda UMNO Malaysia untuk menyekat peralihan sokongan daripada berlarutan. Apa yang kami lihat, sokongan pemuda akan beralih arah apabila umur pemuda meningkat bermula 30an ke 40an.Mulanya habis sekolah mereka menyokong UMNO, tetapi apabila mereka semakin dewasa, golongan ini mengambil sikap tidak tahu atau yang lebih terok lagi mereka mulai condong kepada pembangkang. Kami berpandangan, perubahan ini berlaku disebabkan samada termakan hasutan pembangkang ataupun mereka ini tidak dapat apa yang dihajatkan apabila bergiat didalam UMNO.

i) Untuk mengelakkan perkara ini terus berlaku, Pemuda UMNO Larut mengcadangkan supaya kursus kursus jatidiri pemuda cawangan digiatkan. Matlamat utama sebagai pendokong UMNO perlu dijelaskan. Jika ini dilakukan, nescaya mereka ini tidak akan beralih arah untuk menyokong pembangkang.
ii) Kami Pemuda UMNO Larut juga menyokong perlaksanaan jumlah ahli cawangan mestilah 50 ahli untuk menghidupkan pemuda cawangan. Kebaikan nya ialah, setiap cawangan akan berusaha untuk menambah ahli untuk mengelakkan daripada cawangan itu digantung. Tetapi , kami memohon supaya pelaksanaan kuota ahli tersebut dilaksanakan secara berperingkat. Ini adalah kerana kebanyakan cawangan pemuda UMNO tidak mencapai ahli sebanyak itu. Jika kuota tersebut dilaksanakan ketika ini, akan menyebabkan hampir separuh daripada cawangan pemuda UMNO perlu dibubarkan. Kesan yang akan timbul, kita akan kehilangan moral di mata pembangkang.

Selain daripada itu, kadar cukup korum 25 ahli pemuda untuk mesyuarat cawangan adalah sesuatu yang berat untuk dilaksanakan. Ini adalah kerana kebanyakan pemuda di luar bandar mencari rezeki di kota. Ini akan menyebabkan kehadiran mesyuarat tidak menepati keperluan korum. Oleh itu kami Pemuda UMNO Larut memohon cukup korum ahli mesyuarat pemuda cawangan dikekalkan seperti yang ada sekarang. Apa yang penting kini ialah menambah ahli pemuda cawangan sehingga mencukupi 50 orang. Demi untuk meneruskan kesinambungan UMNO.

Sosial.
Setiap hari kita dihidang dengan berita jenayah yang tak kunjung sudah. Siri rompakan ganas, pembunuhan dan gejala dadah semakin bertambah setiap hari. Jikalau tahun 80an dahulu, kita tidak perlu risau membiarkan anak bermain bebas, tetapi kini tidak lagi. Mengikut statistik kementerian dalam negeri bermula 2004 sehingga 2008, sebanyak 2906 kes bunuh melibatkan kematian dilaporkan dan pada tahun 2008 sahaja sebanyak 652 kes bunuh dicatatkan. Peningkatan kes jenayah ini berkadaran lansung dengan bertambahnya jumlah pendatang asing yang mencari rezeki disini samada secara sah atau secara haram. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, statistik polis mendapati pada tahun 2007, 1,984 pendatang Indonesia terlibat dalam keseluruhan kes jenayah yang dilaporkan di negara ini. Ini membuktikan kebergantungan kita kepada pekerja asing dari luar membawa bersama gejala negatif yang akan mengganggu gugat kesejahteraan hidup rakyat Malaysia umumnya. Kebanjiran pekerja asing ini berlaku disebabkan oleh tarikan peluang pekerjaan yang terdapat di pelbagai sektor kritikal seperti industri perladangan, perkilangan dan pembinaan. Ia juga disebabkan ketamakan pihak majikan terutama di sector pembinaan yang menawarkan gaji yang rendah kepada pendatang asing. Jika perkara ini dibiarkan berterusan, kita akan kehilangan peluang peluang pekerjaan kepada rakyat kita sendiri. Oleh itu, kami Pemuda UMNO Larut mengusulkan :-

i) Mendesak kerajaan mengambil tindakan lebih tegas dan operasi yang yang lebih kerap terhadap pendatang asing tanpa izin yang semakin ramai di negara ini.
ii) Mengenakan penalti yang lebih berat terhadap majikan yang mengupah pendatang tanpa izin serta sesiapa yang bersubahat melindungi pendatang tanpa izin.
iii) Menghadkan gaji minima untuk pekerja ladang dan pekerja pembinaan . Kerajaan boleh memaksa syarikat perladangan besar seperti Sime Darby menetapkan struktur gaji yang lebih menarik untuk menggalakkan belia bekerja di perladangan.
iv) Terdapat juga rakyat dari China yang menggunakan visa pelajar untuk masuk ke negara ini bukan untuk belajar tetapi diambil bekerja di pub, rumah urut , pusat hiburan dan pelacuran yang didalangi oleh kongsi gelap.Oleh itu pihak imegresen perlu mengetatkan kawalan terhadap kemasukan rakyat China ke Malaysia.

Diharap kaedah ini akan mengurangkan lagi jumlah belia luar bandar yang menganggur disebabkan oleh keciciran dalam bidang pelajaran. Kita amat percaya bahawa belia yang tidak bekerja akan mengujudkan gejala lain yang tidak enak didengar. Dan yang paling penting , jika terlaksananya cadangan diatas, kita dapat mengurangkan kerbergantungan kita kepada pendatang asing tanpa izin dan memaksimumkan sumber dalam negara.

Sekian .