Rabu, 14 Oktober 2009

Mengawal media baru.

Bidang penulisan kini menjadi semakin mudah dengan muncul media interaktif bermula awal tahun 90'an. Kini laman blog seperti gogle, wordpress dan lainnya menjadi pilihan golongan penulis samada yang baru atau telah lama berkecimpung dalam bidang penulisan. Media baru ini menjadi pilihan kerana ia mudah dan murah. Dengan hanya mempunyai sambungan internet, penulis dapat meluahkan apa yang difikirkan perlu untuk disuarakan. Selain daripada itu, kita dapat menulis tanpa ada sekatan dan sempadan.

Walaubagaimanapun, kebelakangan ini media interaktif digunakan sewenang-wenangnya. Para penulis terutamanya blogger politik samada daripada pihak pembangkang atau penyokong kerajaan menggunakan sepenuh ruang untuk menghentam, memanipulasi, memprovokasi dan memfitnah secara melampau demi untuk kepentingan pihak tertentu. Keadaan ini, jika berlarutan akan mengwujudkan ketidakpercayaan terhadap berita yang dihasilkan oleh penulis penulis tersebut. Tulisan tulisan seperti ini semakin menjadi jadi ketika menghadapi sesuatu pilihanraya samada kecil atau umum. Tulisan seperti ini amat disukai oleh pengunjung blog atau web. Selain daripada itu, komen komen yang dilontarkan penuh dengan caci mencaci dan menghina dengan bahasa yang tidak sepatutnya. Ini membuktikan bahawa pengomen pengomen ini tidak berbahasa dan beretika. Dan keadaan akan menjadi semakin tak terkawal jika sesuatu isu akan membenihkan perasaan benci antara satu sama lain. Dan akhirnya tindakbalas daripada pihak lawan secara fizikal. Isu isu perkauman juga boleh menyebabkan ketidakpuasan hati antara sesama kaum di negara ini. Lama kelamaan, ia akan membenihkan perasaan curiga dan yang lebih burok peristiwa rusuhan kaum akan berulang.

Oleh yang demikian, pihak berkuasa yang berkaitan di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan perlu memantau laman blog atau web yang menyiarkan isu isu sensetif. Pemguatkuasaan yang lebih tegas untuk mengelakkan penulis penulis yang tidak bertanggungjawab ini daripada terus untuk menanam api kebencian di dalam negara yang bermasyarakat majmuk ini. Jangan biarkan ia menjadi api dalam sekam yang akhirnya menghancurkan kedamaian yang semakin terhakis ini.

Selain daripada itu, kita mengharapkan penulis atau pemilik laman lebih bertanggungjawab untuk menyiarkan rencana/tulisan yang tidak merosakkan keharmonian masyarakat. Komen komen yang kasar, memaki hamun dan lucah tidak disiarkan. Dengan cara ini, pengomen akan lebih berbahasa ketika membuat sebarang komen terhadap isu yang dibicarakan.

Semoga kita semua dapat mengujudkan persekitan yang sihat dalam memberi pandangan dan menghormati pendapat yang diluahkan orang lain di alam cyber. Percambahan minda yang sihat akan menghasilkan manusia yang toleran dan saling hormat- menghormati.

Tiada ulasan: