Khamis, 8 Oktober 2009

Berpolitik cara baru.

Pilihanraya kecil Bagan Pinang akan berakhir pada 11/10/09 selepas keputusan diistiharkan oleh SPR sekitar jam 9.00 malam hari tersebut. Ketika ini, setiap parti berkempen untuk meraih perhatian pengundi untuk memenangkan calon masing masing. Kali ini juga pihak SPR menguatkuasakan larangan menaikkan bendera/poster kepada parti yang tidak bertanding. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puasa di pihak pembangkang terutama PKR dan DAP yang terpaksa menurunkan bendera/poster masing masing. PRK Bagan Pinang juga dicemari insiden pukol/gaduh sehingga mencederakan fizikal individu yang terlibat disini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1003&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm dan http://perakexpress.com/www/2009/10/08/markas-pemuda-pas-diceroboh-petugas-ditetak/.


Kejadian kejadian diatas menunjukkan kita semua masih tidak rasional dan memahami demokrasi. Kita masih dibelengu kejumudan berpolitik tak kira siapa kita samada UBN atau PR. Adakah perkara seperti perlu dibiarkan berterusan? Kita mengharapkan rakyat melangkah maju kehadapan dalam pelbagai bidang tetapi kita masih berpolitik dengan cara lama. Pemimpin pemimpin terutamanya pembangkang masih menanam benih kebencian di hati setiap pengikut pengikut. Masalahnya, kebencian ditanam terhadap sebangsa dan seagama dengannya. Benih kebencian inilah yang menyebabkan kecurigaan sesama kita. Kebencian dan kecurigaan ini menyebabkan sekumpulan orang didalam kelompok masing masing cuba untuk meniupkan api kemarahan antara satu sama lain. Antaranya ialah merosakkan poster/pemidang parti lawan. Sudah semestinya, tindakbalas akan dilakukan oleh pihak lawan demi membalas dendam dan memuaskan hati. Lalu terjadi perkara seperti diatas.
Terdapat pihak yang mengambil inisiatif untuk memanipulasikan keadaan tersebut. Penulis penulis blog menjadikan isu ini lebih sensasi dan diolah supaya dapat membenihkan lebih kebencian dan perkara ini berterusan.

Oleh itu, kaedah kita berpolitik perlu berubah. Dan perubahan ini perlu dimulakan oleh peringkat kepimpinanan atasan daripada kedua dua pihak. Kita perlu bersama bertanggungjawab untuk tidak mengutuk, mengecam, mensabotaj dan menunjuk gedebe yang berlebihan. Kita perlu mengamalkan sifat senderhana dan bertoleransi. Pendidikan berpolitik perlu untuk mengawal tindak tanduk penyokong daripada bertindak berlebihan yang akan memburukkan keadaan. Pihak keselamatan perlu lebih tegas dan telus dalam melaksanakan tanggungjawab semasa pilihanraya dijalankan. Penulis/wartawan perlu menulis dengan penuh berhemah untuk bersama sama mendokong politik sihat , bukan mencurah minyak ke dalam api seperti ini http://penarikbeca.blogspot.com/2009/10/hang-orang-pas-pegi-mampoih-la-hang.html.

Semoga kita dapat hidup bersama tanpa rasa curiga dan berpolitik dengan penuh toleransi dan bijaksana.

1 ulasan:

Faizal Tajudin berkata...

Pemimpin harus melihat dan merancang apakah yang akan mereka lakar & catatkan dalam sejarah mereka samada Hitam, Putih ataupun Kelabu.. mereka fikir macam tu je dah cukup untuk sentiasa bijak dalam tindakan dan tuturkata dalam berpolitik..

Apapun memang sedih tengok orang Melayu ( terutamanya yang fanatik dalam politik parti masing2 ni macam sudah tiada fikiran yang waras lagi dalam diri mereka ) sanggup buat perkara yang macam orang tiada Tamadun..

Seeedddihhh..!!