Khamis, 3 November 2011

Selamat pagi......

LAMA tak cari makan.........

Isnin, 18 Januari 2010

Cadangan penubuhan Koperasi Komuniti Bestari Ulu Selama Bhd.

Mengambil peluang daripada galakan kerajaan di bawah Suruhanjaya Koperasi dan demi untuk meningkat sosio ekonomi penduduk Ulu Selama, kami (Shah, Wan , Fendi , Fuad Cg. Faizol , Abe Mie , Mie Penerangan dan saya ) telah berbincang dan bersetuju untuk menubuhkan sebuah koperasi di Ulu Selama. Keahlian adalah terbuka kepada ahli yang berminat di kawasan Ulu Selama. Surat hasrat penubuhan koperasi telah diluluskan oleh SKM.

Kelmarin, bertempat di Medan Info Desa (MID) Sg. Siputeh, satu mesyuarat diantara tenaga penggerak yang di pengerusikan oleh En. Suhaimi bersama Timbalan Pengarah SKM telah diadakan. Ia bertujuan untuk membincangkan hal hal berkaitan penubuhan koperasi. Dalam perbincangan itu, kami diberi penerangan secara ringkas berkaitan akta koperasi, undang undang kecil dan aktiviti yang dibenarkan dalam menjalankan koperasi. Syer permulaan yang telah dipersetujui ialah RM100.

Harapan kami sebagai perintis, dengan adanya koperasi yang akan ditubuhkan kelak, dapat menjalankan aktiviti membangunkan ekonomi ahli secara lebih cekap dan bersistematik. Semoga koperasi ini dapat menongkah arus dan terus berkembang pesat. Penubuhan koperasi juga merupakan agenda pemuda Zon A.

Double standard kaa niee?

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti dihttp://www.malaysiakini.com/news/122021 adalah dirujuk. Nampaknya polemik ini akan berterusan dan tidak akan berakhir. Beliau memberi alasan penduduk di Sabah dan Sarawak dah guna beratus tahun dah kalimah Allah nie. Jadi dia pun setuju untuk benarkan. Lagi satu, negeri negeri yang tak bersultan pun boleh menggunakan perkataan Allah bagi menggantikan god. Dia nie macam Khalid Samad lah. NGO NGO Islam di Sabah Sarawak taknak berdemo pulak kaa.

Yang nie pulak http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0117&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm&arc=hive. Apa kata kita cadangkan tubuh Suruhanjaya untuk menyiasat adakah DAP terlibat didalam kejadian tersebut. sebab semasa trajedi Dipang, bukan main semangat lagi puak PAS/PKR/DAP membuat tuntutan menubuhkan Suruhanjaya untuk mencari kesalahan Kementrian Pendidikan. Kena atas batang hidung depa,, tau sengap pulak.