Isnin, 18 Januari 2010

Cadangan penubuhan Koperasi Komuniti Bestari Ulu Selama Bhd.

Mengambil peluang daripada galakan kerajaan di bawah Suruhanjaya Koperasi dan demi untuk meningkat sosio ekonomi penduduk Ulu Selama, kami (Shah, Wan , Fendi , Fuad Cg. Faizol , Abe Mie , Mie Penerangan dan saya ) telah berbincang dan bersetuju untuk menubuhkan sebuah koperasi di Ulu Selama. Keahlian adalah terbuka kepada ahli yang berminat di kawasan Ulu Selama. Surat hasrat penubuhan koperasi telah diluluskan oleh SKM.

Kelmarin, bertempat di Medan Info Desa (MID) Sg. Siputeh, satu mesyuarat diantara tenaga penggerak yang di pengerusikan oleh En. Suhaimi bersama Timbalan Pengarah SKM telah diadakan. Ia bertujuan untuk membincangkan hal hal berkaitan penubuhan koperasi. Dalam perbincangan itu, kami diberi penerangan secara ringkas berkaitan akta koperasi, undang undang kecil dan aktiviti yang dibenarkan dalam menjalankan koperasi. Syer permulaan yang telah dipersetujui ialah RM100.

Harapan kami sebagai perintis, dengan adanya koperasi yang akan ditubuhkan kelak, dapat menjalankan aktiviti membangunkan ekonomi ahli secara lebih cekap dan bersistematik. Semoga koperasi ini dapat menongkah arus dan terus berkembang pesat. Penubuhan koperasi juga merupakan agenda pemuda Zon A.

Tiada ulasan: