Khamis, 31 Disember 2009

2 Hadiah tahun baru...untuk 1Malaysia & 1 Umat.

Sempena tahun baru 2010 yang baru disambut malam tadi...kita telah dihadiahkan oleh pengumuman kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 seperti diumumkan disini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm. Kenaikan ini menjadikan harga gula kini RM1.65...ini bermakna, selepas ini para peneroka Felda akan menikmati bonus yang lebih tinggi terutamanya Felda Chuping Perlis. Nasihat saya.... kurangkan gula dalam makanan dan minuman...sebabnya: semut mati kerana gula.
http://www.gua.com.my/Lifestyle/HealthBeautyDetail.aspx?ArticleID=4268&Shared=Pending.

Itu cerita gula. Ini pulak berkaitan penggunaan perkataan ALLAH oleh HERALD, sebuah majalah Kristian. Keputusan memihak kepada HERALD seperti diwartakan disini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm.
Nampaklah polemik penggunaan perkataan ALLAH akan berterusan selepas ini. Di mana dan apakah pendirian parti politik yang didominasi oleh orang Islam samada PAS atau UMNO serta NGO - NGO Islam yang lain. Kalau dulu, semasa PPSMI dipraktikkan, mereka sanggup berdemo dan bersorak mendesak kerajaan untuk memansuhkannya. Tapi kali ini isu yang lebih besar yang melibatkan akidah umat masa depan, takkan tiada usaha untuk menghalangnya.FIKIRKANLAH.

Demo bantah PPSMI tahun 2008.

Lebih lanjut ada disini...http://puterinafisah.blogspot.com/2009/12/gerhana-di-tahun-baharu-2010.html

Rabu, 30 Disember 2009

Selamat Tahun Baru 2010M.

Tepat jam 12.00.01 malam tadi, telah beralih tahun daripada tahun 2009 ke tahun 2010. Peralihan ini akan menambahkan usia kita. Semoga dengan kehadiran tahun 2010, kita akan menjadi lebih baik di dalam setiap tindakan yang akan dibuat dan setiap langkah yang diputuskan. Harapan kami rakyat marhein ialah supaya kerajaan dapat mengurus negara ini dengan lebih baik. Memastikan pertumbuhan pada kadar 5% dan mengujudkan peluang pekerjaan baru. Membantu mengurangkan kadar kemiskinan bandar dan luar bandar, meringankan beban pendidikan dan rawatan kesihatan kritikal. Kerajaan juga perlu menitikberatkan industri pertanian untuk membantu penduduk luarbandar. Setiap intensif perlu lebih terbuka dan telus.

Bagi saya.. suhu politik dapat diturunkan bagi tahun 2010, untuk membantu kerajaan melaksanakan segala perancangan yang telah diaturkan untuk memacu negara ini kearah negara yang lebih sejahtera.




SELAMAT TAHUN BARU 2010.

Isnin, 21 Disember 2009

Hak Melayu semakin terhakis...?

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tindakan kerajaan memotong peruntukan Institut Kemahiran Mara (IKM) sehingga 200 peratus dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sehingga 60 peratus boleh menjejaskan perkembangan kedua-dua institusi Pendidikan tersebut.
Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang bimbang dengan perkembangan itu berkata, secara tidak langsung ia boleh membantut usaha untuk membantu lebih ramai bumiputera maju dalam bidang latihan dan pelajaran.
Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan mengkaji semula langkah tersebut supaya kedua-dua institusi berkenaan dapat menjalankan peranan serta fungsinya dengan lebih berkesan.
''Sebagai contoh IKM yang sebelum ini mendapat peruntukan RM403 juta setahun, kali ini hanya memperoleh peruntukan sebanyak RM143 juta setahun. Angka ini melibatkan penurunan sebanyak 200 peratus. ...................................

Nampaknya kita perlu terus berkorban untuk berkuasa......mula mula MECD di mansuhkan, Uitm di buka kepada kepada pelajar bukan melayu, menghapuskan DEB, bahasa melayu dilayukan, lama kelamaan tanah rizab melayu diantarabangsakan dan akhir sekali Melayu lari ke hutan...Ini dinamakan korban politik tak kira parti melayu UMNO, parti islam PAS dan parti samarata PKR. Ke tiga tiga parti tersebut perlukan undi CINA , CINA kata lu mau undi waa, lu kasi sikit laa sama waa. Lebih lanjut baca di sini ... http://antihipokrit.blogspot.com/2009/12/najib-telah-memukul-gendang.html.

Perkara ini berlaku disebabkan kita telah hilang kekuatan untuk mempertahankan hak kita sebagai bumiputra di bumi bertuah ini. Diharapkan pimpinan parti melayu terutamanya daripada PAS dapat memandang kehadapan untuk bersama mengembleng kekuatan untuk mempertahankan hak melayu yang sudah semestinya mempertahan islam seperti yang diperjuangkan PAS. Pimpinan politik hendaklah jangan terpesong dengan gaya politik baru yang dicanangkan sehingga tergadai prinsip dan hak yang telah dipersetujui bersama. Marilah kita bersatu untuk mempertahan hak kita walaupun UMNO dan PAS berlainan pembawaan dan prinsip tetapi kita berpegang pada 1 tali yang sama seperti firmannya bermaksud:

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (Ali Imran, 3: 103)

Rabu, 16 Disember 2009

Dimana AJK Pemuda Larut DUN Selama...?



Barisan ajk Pemuda Larut.

Dulu..penghujung 2008
Kita imbas kembalii.....di penghujung tahun 2008...nostalgia nihh.
Jika waktu itu , kita semua sanggup berjaga malam, lepak di kedai mamak hingga 5 pagi (mamak terpaksa tambah meja), bersahur di kedai K'OK dan pusing pusing kawasan. Tidak lokek berbelanja , senyuman sentiasa dibibir hitam manis dan penuh jenaka. Tidak kering gusi. Ada yang tiada dalam senarai calon, pun seronok nak bertanding, pusing pintu belakang dan menang undi tertinggi.....sembang di kedai mamak "kalau aku menang ,kena kerja kuat, kita pakat pakat buat".Hebat...penuh dengan semangat berkobar kobar dan mamak bertambah kaya. Yang no 2 plak.. sokong lah aku , lani aku tak pande cakap, lepas nie aku belajar nak cakap....Geng geng bawah sokong...sebab orang kita, tak'kan nak biaq dia tunggeng.
Yang aku plak...mula mula tuuuu...aku ikut geng lainn....Kerna Terpaksa(lagu sapa taktau)....lepaih tuu aku kona baringgg... dekat nak jatuhhhh paritt....prinsip bebb......biar aku lunyai daripada aku rela paksa.....nasib baikk.

Keputusan.....DUN Selama menang 8 ajk.....terkejut beruk gak.....termasuk undi tertinggi.

Laniiee...penghujung 2009.
Dimana kita semua ? Adakah kita semua sudah lupa janji untuk sama sama menggerakkan Pemuda UMNO Larut. Atau, kita sebenarnya hanya seronok untuk berebut jawatan. Kerana jawatan boleh dijadikan batu loncatan untuk lain lain hal. Atau, kita masih berpuak puak, seperti semasa kita berkempen. Teringat saya satu ayat yang dihamburkan oleh ajk Pemuda DUN Selama. "Kalau ketua kita kalah, aku takleh kerja ngan dema.Letak jawatan pun takpa" Dan terbukti kawan kita ini dah tak ambik pot. Ada jugak kawan kita sebokk memanjang, kambing tak bagi makan lagi laa....kerbau sakit perut laaa...masa berebut dulu tak pikiaq pun. Atau kita suka mencari alasan..."tengok KP, mentang mentang dia orang B K, semua program angkut p sana". Orang No 2 plak...macam nak lariii....dulu ligan nak bagi menang...laniee....INGAT...orang SELAMA pilih bukan saja saja. Kita dimenangkan bersama tanggungjawab. Kita perlu menguruskan kemenangan kita untuk membantu masyarakat kita setakat yang kita mampu.

Sebagai barisan PEMUDA yang terpilih, dibahu kitalah yang dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat bawahan terutama golongan belia. Walaupun kita merasakan bahawa golongan ini masih menyokong parti UMNO, tetapi jika kita biarkan tak mustahil sokongan ini akan beralih arah. Golongan belia kini lebih cerdik dan kritis. Mereka melihat dan membaca gerak geri pemimpin yang mereka pilih. Jangan biarkan mereka membangkang disebabkan kita tidak buat kerja. Harapan saya semoga barisan ajk
dapat berganding bahu untuk mengatur dan menjalankan program yang sesuai di DUN Selama. Diharap NKP lebih proaktif untuk memikirkan apa yang patut dilakukan demi kebaikan Pemuda DUN Selama. Zaman lanie bukan macam dulu, zaman pak hangguk.... lanie zaman orang berfikir dengan mata hati.

Selasa, 15 Disember 2009

Jika mereka ini kita punya....?

Hari ini kita didedahkan bahawa kira kira setengah juga penduduk Negeri Perak belum mendaftar pemilih. Lihat di sini http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/16/mstar_berita/20091216144141&sec=mstar_berita. Angka ini membuktikan ada diantara kita tidak ambil kisah terhadap tanggungjawab kita sebagai warga bagi sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi berpalimen. Sikap tidak apa ini jika dibiarkan berlarutan, mengakibatkan kita hilang hak untuk bersuara. Dan lebih teruk, kita hilang hak untuk memerintah. Oleh itu, kita sebagai orang yang sedar perlu menggerakkan usaha untuk mengajak mereka disekeliling kita , rakan rakan kita dan saudara kita supaya mereka sedar bahawa satu undi adalah penentu masa depan anak kita dan juga mereka. Saya berharap pimpinan politik bahagian kita lebih peka terhadap perkara ini. Janganlah kita ghairah mengumpul ahli dalam parti tetapi gagal dalam mengajak mereka untuk mendaftar sebagai pengundi. Akhirnya kita menang sorak, tetapi kalah dalam PRU akan datang. Jangan kita biar hak kita dirampas oleh orang lain disebabkan oleh kita sendiri.