Isnin, 16 November 2009

Polis: Menembak dan rasis.

Saban hari kita dihidangkan pelbagai kejadian jenayah yang melibatkan senjata berbahaya seperti samun, rompakan bersenjata, rogol-bunuh dan sebagainya. Kes kes jenayah seperti ini berlaku melibatkan pelbagai golongan pelaku, kumpulan kongsi gelap dan juga melibatkan pendatang asing tanpa izin. Bagi pihak polis, mereka telah berusaha untuk menyiasat, memburu dan menangkap penjenayah penjenayah ini daripada terus bermaharaja lela. Pada waktu yang sama, pihak polis terpaksa membuat pilihan samada mereka ditembak oleh penjenayah bersenjata atau menembak untuk mempertahankan diri. Beberapa kejadian penjenayah ditembak seperti di http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2009/11/9/mstar_jenayah/20091109061003&sec=mstar_jenayah , juga di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm. Bagi pihak polis, mereka telah berusaha untuk menahan penjenayah terbabit dan pihak polis juga telah mengikut prosedur sepatutnya untuk mengambil tindakan tersebut.



Tetapi , apa yang sangat dikesalkan, terdapat segelintir orang yang hendak menjadi hero kepada penjenayah penjenayah ini. P. Uthayakumar (bekas ISA) telah mengecam dan menganggap polis (melayu) telah membunuh penjenayah (India) sebagai pembersihan etnik secara senyap disini http://www.humanrightspartymalaysia.com/2009/11/13/police-%E2%80%9Cshoot-to-kill-order%E2%80%9D-appointment-with-home-minister-on-16122009/. P. Uthayakumar ini tidak pernah pun mengambil tahu penderitaan orang yang cedera atau mati disebabkan oleh penjenayah seperti kejadian disini http://amer-kaolas.blogspot.com/2009/07/ditetak-di-petronas-gunung-lang-gambar.html dan banyak lagi kejadian seperti itu yang berlaku. Mungkin P. Uthayakumar (kepala hindraf) buat tidak kesah kerana mereka itu bukan sebangsa dengan beliau. Saya bersetuju supaya pengkritik ikut serta dalam operasi cegah jenayah seperti dinyatakan di http://www.bharian.com.my/Thursday/Nasional/20091112001617/Article/index_html dan mencadangkan P. Uthayakumar adalah orang pertama yang perlu ikut serta.

Rabu, 11 November 2009

Bersediakah kita...????? atau buat buat bersedia.

Pilihanraya umum yang ke13 dijangkakan 2 tahun hingga 3 tahun daripada sekarang. Walaupun masa masih panjang, apakah kita telah melakukan perkara sepatutnya untuk mengembalikan keyakinan pengundi yang terhakis pada PRU ke 12 yang lalu. Atau adakah kita masih merasakan kemenangan masih di pihak kita. Atau kita kita masih leka dan hanyut dengan jawatan yang disedekahkan kepada kita. Atau jawatan kita itu adalah platform untuk merebut sisa yang masih tertinggal. Semoga ia tidak menjadi seperti http://depa-kata.blogspot.com/2009/11/bn-menang-kedah-senangbn-kalah-kedah.html , disini http://darulehsantoday.blogspot.com/2009/11/umno-selangor-tak-buat-kerja-atau-tak.html. Mungkin kita alpa, menganggap tempat kita ini seperti Bagan Pinang yang baru lalu...dan kita tak perlu melakukan buat apa apa..??? Jika begitu, adakah kita semua dah bersedia untuk menerima kekalahan sekali lagi?

Ahad, 8 November 2009

Gotong Royong Perdana - Pemuda Prihatin

Kelmarin 8 November 2009.... satu gotong royong perdana melibatkan penduduk Kg. Telok Mas dan kawasan sekitarnya. Turut sama menjayakan majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Perusahaan dan Komoditi Utama merangkap ahli Parlimen Larut YB Datuk Hamzah Zainuddin dan ADUN Selama YB Datuk Muhammad Daud Muhammad Yusoff.Di antara aktiviti utama ialah membersih tanah perkuburan dan menebas jalan. Manakala Pemuda Larut bersama pemuda Zon A pula bergotong royong membaiki rumah Pn Asmah, seorang warga emas yang tinggal bersama anaknya yang cacat. Pembiayaan untuk membaiki rumah ini adalah sumbangan daripada Kerajaan Negeri Perak , Ahli Parlimen Larut dan Adun Selama. Semoga Makcik Asmah serta anak dapat berteduh dirumah yang lebih selesa apabila siap kelak...

Pada hari tersebut juga, berlangsung penyerahan borang kemasukkan bekas ahli PAS kepada UMNO. Penghijrahan beramai ramai ini membuktikan parti UMNO masih lagi tempat untuk orng melayu bergantung harap membela nasib anak cucu mereka. Semoga mereka ikhlas untuk sama sama berjuang dalam parti keramat ini.

Kami dihidangkan jamuan tengahhari yang juga diadakan secara gotong royong.


Selepas itu, kami di bawa melawat ke tempat tempat menarik di sekitar kampung Telok Mas yang berpotensi untuk dibangunkan.

Gambar gambar sekitar majlis gotong royong Pemuda Larut tersebut.

Rumah Makcik Asmah sebelum dibaikpulih.


Kelihatan KP Larut dan KP KP Cawangan bertungkus lumus membantu mengikat bata.
Datuk Hamzah turut sama membantu.

Kemesraan sesama pemimpin...Macam nie laa kita nakk.
Dari kiri...YB Daud, Saudara Anuar KP Larut dan Datuk Hamzah.

1 Malaysia..Rakyat didahulukan.
Datuk Hamzah memberi penerangan mengenai program kepada Makcik Asmah.

Kenyataan media oleh YB. Datuk Hamzah Zainuddin, MP Larut.
Turut serta..YB Daud, Datuk SEhan dan ...?
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tn KP Larut..Saudara Anuar Ariffin yang memilih Zon A, Affendi Che Lop (AJK & KP Sg. Siputeh) yang membantu saya dari awal lagi Saudara Man KP Telok Mas, Saudara Halim (Pengerusi Zon B), Exx Tekun(AJK), Mat Tok Panglima(AJK), Saiful S/U, Hazani Penerangan. Fendi NKP n PakNgah (Pengerusi Pemuda DUN) Ketua Pemuda Cawangan Zon A dan seluruh pemuda yang terlibat gotong royong tersebut. Lagi gambar di http://pemudaumnolarut.blogspot.com/2009/11/gotong-royong-perdana-di-teluk-mas.html

Sabtu, 7 November 2009

1 Malaysia 1 Harapan.

Hari ini 7 November 2009, bertempat di Dewan Kg. Sg. Berdarah diadakan majlis penerangan konsep 1 Malaysia peringkat DUN Selama. Majlis penerangan tersebut diadakan untuk menjelaskan matlamat utama konsep 1 Malaysia. Penerangan mengenai konsep tersebut diberikan oleh bekas pengarah BTN Negeri Perak Datuk Shahbudin. Ahli Dewan Undangan Negeri Selama, Datuk Hj. Muhamad Daud Bin Muhamad Yusoof turut bersama meluangkan masa pada majlis tersebut.
Gambar sekitar majlis penerangan tersebut.

Ucapan aluan oleh Ketua Caw. Cg. Osman B. Yahya.

Penceramah daripada BTN, Datuk Shabudin menyampaikan ceramah.

Penduduk kampung mendengar ceramah dengan penuh minat.

YbDatuk Muhamad Daud, Datuk Shahbudin dan En. Anuar Ariffin menikmati jamuan petang.


Ahad, 1 November 2009

Ulama pewaris ....?

Saya tertarik dengan artikel yang ditulis diblog Azli Shukri....lihat disini http://www.azlishukri.blogspot.com/. Artikel beliau adalah seperti di bawah. Hari ini juga kita dikejutkan dengan penahanan bekas mufti Negeri Perlis seperti di http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/2/mstar_berita/20091102025430&sec=mstar_berita. Kita yang kekurangan ilmu ini digalakkan mencari, mencari dan mencari.Tetapi kita perlu berhati hati, takut tersesat dilautan ilmu.

MANUSIA PALING BAHAYA
Ulama-us su' ertinya ulama yang buruk. Namun demikian, pada umumnya masyarakat mengertikan ulama-us su' sebagai ulama yang keji atau ulama yang jahat. Ulama yang tidak mengikuti jejak nabi SAW ini, mempunyai bermacam-macam model. Ada yang menjadi tukang fitnah, ada yang menjual agama dan ada pula yang rosak akhlaknya. Golongan ulama jenis ini, sentiasa wujud pada setiap masa dan zaman untuk merosakkan masyarakat.
Dalam sejarah Islam, hampir setiap zaman dapat ditemui ulama semacam ini. Namun begitu, agama suci ini tetap dapat dibersihkan dengan kemunculan ulama-ulama yang ikhlas mempertahankan dan membersihkan agama Allah. Dalam kalangan masyarakat awam di negara kita, gelaran ulama yang diberikan kepada seseorang itu amat disanjungi lagi dihormati. Gelaran seperti tok guru, ustaz dan sebagainya merupakan simbol penghormatan masyarakat terhadap golongan ini, yang mempunyai kelulusan tinggi dalam pengetahuan Islam. Oleh kerana kedudukan ulama dalam ajaran Islam adalah tinggi seperti mana sabda Rasulullah SAW "Ulama itu adalah pewaris para nabi'' (Riwayat Tirmizi), maka masyarakat awam amat mempercayai golongan yang dilabelkan sebagai ulama tersebut. Sedangkan tidak semua ulama boleh dilabel dan dikatakan sebagai pewaris para nabi, apatah lagi untuk mengikutinya, jika terbukti mereka tidak menurut jejak serta akhlak baginda Rasulullah s.a.w.
Hal ini pernah diisyaratkan oleh sabda baginda: "Celakalah bagi umatku (akibat) daripada (perbuatan) ulama-us su'.'' (Riwayat al-Hakim). Sabdanya lagi "Seburuk-buruk sesuatu daripada yang paling buruk ialah ulama yang buruk dan sebaik-baik sesuatu daripada yang paling baik ialah ulama yang baik.'' (Riwayat Ad-Darimi). Masyarakat akan musnah dan rosak apabila ulama-us su' dijadikan imam untuk diikuti serta dipercayai. Oleh itu, masyarakat awam harus mengetahui perbezaan antara ulama-us su' dengan ulama yang mewarisi ilmu para nabi.
Dua ciri ulama us-su' yang paling berbahaya dalam masyarakat kita pada hari ini, ialah: Ulama us-su' yang menyesatkan orang ramai dan kedua, ulama-us su' yang menjadi tukang fitnah. Golongan pertama menyesatkan orang ramai dengan fatwa-fatwa mereka yang salah. Oleh kerana mereka orang-orang yang dipercayai, maka apa-apa sahaja yang mereka katakan, akan dianggap sebagai pedoman serta menjadi pegangan dalam masyarakat. Namun demikian , sebenarnya mereka mengeluarkan pendapat atau fatwa yang mengelirukan. Apa-apa yang sebenarnya "haram" menurut Allah dikatakan "halal", dan sebaliknya apa-apa yang halal menurut Allah di "haram" kan pula.
Ulama-ulama demikian suka mentafsir ayat al-Quran serta hadisnabi mengikut nafsu serta selera mereka sahaja. Mereka gemar mengeluarkan fatwa tanpa banyak berfikir serta membuat rujukan. Bagi masyarakat awam yang jahil pula akan mudah percaya dan terpesona dengan gelagat ulama-ulama-us su' ini. Kesannya, masyarakat akan hidup dalam kesesatan dan kehancuran. Ulama-us su' tidak hanya terdapat dalam agama Islam, bahkan ulama seperti ini pernah merosakkan masyarakat Yahudi serta Nasrani seperti yang pernah diceritakan oleh seorang sahabat nabi bernama Ady bin Hatim.
"Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW, dan pada leherku tergantung sebuah salib yang diperbuat daripada emas, Rasulullah SAW bersabda kepadaku "Wahai `Ady lemparkanlah berhala ini (salib).'' Kemudian baginda membaca ayat ini:"Mereka menjadikan orang-orang alim (ulama-ulama atau ketua-ketua agama) dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah." (At-Taubah: 31). Maka saya bertanya: "Wahai Rasulullah, mereka itu tidak menyembah ulama-ulama dan pendeta-pendeta mereka itu."Nabi pun bertanya: "Bukankah para ketua agama dan para pendeta itu menghalalkan bagi mereka terhadap barang yang diharamkan oleh Allah? Maka kemudian mereka (pengikut) ikut menganggap halal, dan para ketua agama dan para pendeta itu mengharamkan bagi mereka terhadap barang yang dihalalkan oleh Allah, maka kemudian mereka ikut menganggap haram?'' Saya menjawab "Betul ya Rasulullah.'' Maka baginda pun menjawab: "Demikian itulah yang di namakan ibadah (menyembah ) kepada mereka.''
Ulama-us su' kedua, ialah ulama yang menjadi penyebar fitnah. Rasulullah pernah bersabda: "Akan datang suatu zaman di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan al-Quran pula hanya tinggal huruf dan tulisannya. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah manusia yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit. Daripada para ulama ini muncul bermacam-macam fitnah dan (fitnah itu) kembali ke dalam lingkungan mereka.'' (Riwayat Baihaqi ).
Ulama jenis ini merupakan golongan ulama yang paling berbahaya sekali. Hal ini kerana, ia bukan hanya memporak perandakan masyarakat semata-mata, tetapi turut sama mencemarkan nama serta imej institusi ulama itu sendiri. Kesannya, Masyarakat akan hilang hormat serta memandang rendah kepada ulama-ulama lain yang ikhlas dalam perjuangan mereka.
Bagaimanakah seorang ulama boleh menjadi penyebar fitnah? Jawapannya mudah . Sama ada disengaja atau tidak, apabila seseorang ulama itu mula membenci terhadap sesuatu fahaman atau golongan lain, maka sudah tentu golongan atau fahaman yang tidak sealiran dengannya itu bakal dicerca, dikutuk atau dituduh dengan pelbagai cara, agar masyarakat menjauhi serta menolak fahaman atau golongan yang tidak sealiran dengannya itu. Maka, tanpa disedari oleh ulama tersebut, ketika dia mengeluarkan penilaiannya terhadap fahaman atau golongan tertentu itu, penilaiannya sudah mula bercampur baur dengan rasa marah, iri hati, benci serta berprasangka. Dan fitnah pun terjadi tanpa disedarinya.
Ulama tukang pembawa fitnah ini, tidak hanya menabur fitnah semata-mata tetapi lebih daripada itu, kadang kala dia sanggup membuka aib serta keburukan orang lain di hadapan khalayak ramai. Sedangkan Allah telah mengingatkan kita dengan firman-Nya: "Sesungguhnya orang-orang yang suka agar tersebar keburukan dalam kalangan orang-orang beriman, bagi mereka adalah azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui (segala perkara), sedang kamu tidak mengetahui.'' (An-Nur: 19). Inilah janji Allah kepada mereka yang suka menabur fitnah.
Fitnah yang dilakukan oleh ulama-us su' ini adalah lebih bahaya daripada fitnah yang dilakukan oleh masyarakat awam. Hal ini kerana golongan ulama lebih mudah dipercayai orang ramai, kerana mereka berselindung di sebalik pakaian ala-ulama serta ucapan mereka juga dicampur-adukkan dengan ayat al-Quran serta hadis nabi. Dan ini akan lebih meyakinkan masyarakat yang kurang pengetahuannya mengenai agama Islam. Kesannya, tingkah laku ulama-us su' yang gemar memfitnah ini sedikit demi sedikit akan diikuti oleh masyarakat tanpa kita sedari.
Islam sebenarnya telah memberi garis panduan menghadapi golongan semacam ini antaranya: Pesanan serta ingatan daripada firman Allah "Hai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal di atas perbuatanmu itu.'' (Al-Hujurat: 6 ). Dan "Maka bertanyalah kamu semua kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.'' (An-Nahl: 43).
Kesimpulannya, ulama-us su' yang suka mencetuskan fitnah serta gemar memberi fatwa-fatwa yang sesat adalah amat berbahaya kepada masyarakat. Maka tidak hairanlah mengapa Rasulullah mendakwa bahawa ulama-us su' merupakan sejahat-jahat manusia sebagaimana kisah ini. Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling buruk atau jahat?'' Rasulullah menjawab, "Ya Allah, hapuskanlah dosa-dosa kami. Bertanyalah kamu daripada hal-hal kebaikan dan janganlah bertanya daripada hal kejahatan. (Ketahuilah) Sejahat-jahat manusia itu, ialah seburuk-buruk ulama di tengah-tengah manusia.''(Riwayat al-Bazzar).
Dan benarlah juga pesanan yang diutarakan oleh Mu'az bin Jabal "Hendaklah kamu berhati-hati dan takut terhadap tergelincirnya seorang alim kerana kedudukannya yang agung di sisi orang ramai. Kemudian orang ramai itu ikut sama tergelincir dengannya.''
Ditulis Oleh Muhammad Azli Shukri di http://azlishukri.blogspot.com/2008/09/ulama-us-su-manusia-paling-bahaya-oleh.html