Rabu, 7 Januari 2009

Boikot dan memboikot.....

Kebelakangan ini, kita sering mendengar saranan di radio/tv dan di akhbar/blog, oleh pelbagai pihak tidak kira pembangkang/penyokong kerajaan dan NGO untuk memboikot barangan/produk daripada negara tertentu terutamanya Amerika Syarikat. Saranan ini lahir berikutan rasa amarah/dendam kita terhadap tindakan zionis Israel mengganyang umat Islam Palestin. Bukan kali ini saja saranan sebegitu kedengaran, tetapi semenjak bertahun dulu. Kita berkumpul, bersorak, berdemo dan bermemorandum. Persoalannya, mengapa boikot memboikot ini tidak pernah berhasil???

Kita ambil contoh mudah dan popular, Kentucky Fried Chichken (KFC). Mengikut data daripada laman web induk KFC, terdapat 420 buah premis beroperasi di Malaysia. Setiap premis memberi peluang pekerjaan minimum 20 orang. Ini bermakna 420 buah x 20 pekerja bermakna lebih 8000 peluang pekerjaan hanya di restoren tersebut. KFC juga memberi peluang kepada penternak ayam kontrak untuk membekal ayam selain daripada ladang ayam milik KFC sendiri. Penternak ayam kontrak ini kebanyakan adalah bumiputra.

Katakan kempen boikot ini berjaya, KFC mengalami kemerosotan perniaagan dan mengambil keputusan untuk menutup operasi di sini, apakah ada jaminan peluang pekerjaan baru untuk bekas pekerja dan juga penternak ayam yang bergantung harap kepada KFC. Seperti yang kita tahu, peluang pekerjaan menjadi semakin kompetitif disamping kesan daripada kemelesetan ekonomi dunia.

Oleh itu, kita perlu bersedia sebelum kita hendak memboikot sesuatu barangan/ produk. Kita perlu mempunyai alternatif sebelum gerakan memboikot itu dilakukan. Kita perlu menghasilkan produk kita sendiri yang setanding dan dipasarkan secara sistematik. Kita ada Ramlie Burger lebih 20 tahun, tapi tiada satupun restoren Ramlie Burger. Yang bercambah saban tahun hanyalah McD. Ini menunjukkan kita tiada pilihan untuk berubah. Itu baru makanan ringan, belum industri teknologi tinggi lain.

Kesimpulannya, kegagalan kempen boikot adalah disebabkan kita tidak mampu menyediakan alternatif kepada apa yang kita boikot. Akhirnya, kempen hanya tinggal kempen, masyarakat tetap membeli produk luar untuk keperluan harian. Amerika akan terus gah menguasai dunia dan membunuh umat Islam secara senyap. Kita hanya terus bersorak dan bersorak.




Khamis, 1 Januari 2009

Belum terlambat rasanya....

Selamat tahun baru Maal Hijrah (Muhaaram 1430H) dan Masehi 2009.Saya kira belum terlambat walaupun hari nie sudah 2 Januari 2009. Pelbagai peristiwa suka dan duka telah berlaku sepanjang tahun 2008 yang lalu.Harapan semoga segala yang berlaku itu menjadi pedoman bagi mengharungi tahun 2009.

PADA tahun 2008, pelbagai kejutan telah berlaku di negara tercinta ini. Dari segi politik dan siasah, kegagalan BN mempertahankan 5 negeri daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Selain dari itu, lebih 80 kerusi parlimen berpihak kepada gabungan Pakatan Rakyat. Ini adalah manifestasi kepada ketidakpuas hati rakyat kepada kepimpinan negara yang diwakili BN. Dan ini juga menunjukkan, pihak Pakatan Rakyat telah berjaya memanipulasi dan menanam perspeksi burok kepada kepimpinan negara menyebabkan rakyat terutamanya golongan muda berubah memilih Pakatan Rakyat. Di pihak BN/UMNO, pemimpin yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin perlu muhasabah diri dan berubah sikap untuk membersihkan imej kotor yang terpalit selama ini.
Pada tahun ini juga, berlaku pemilihan UMNO semua peringkat dan Persidangan Agung akan berlangsung Mac ini. Setakat ini hanya Bahagian Larut sahaja yang masih belum bermesyuarat.Ini disebabkan oleh kerana protes terhadap ahli parlimen yang telah cukup pencalonan untuk bertanding. Berbagai helah dan cara dilakukan untuk menidakkan hak beliau untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian. Disamping itu juga, Puteri juga belum bermesyuarat. Hal sebeginilah yang membuatkan ahli UMNO kecewa dengan parti UMNO. Jika perkara ini tidak dibendung akan menyebabkan UMNO akan kehilangan kepercayaan untuk terus memimpin pada masa depan.

DI penghujung 2008, kita juga dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang meragut nyawa dan kemusnahan harta benda. Kerakusan manusia meratah bumi hijau tanpa mengira implikasi yang mendatang telah dibayar dengan harga yang tinggi. Semoga ia menjadi episod hitam trajedi negara yang terakhir.

PALESTIN, bumi penuh derita dan sengsara semenjak 1948. Bilakah akan berakhir? Tempat terletaknya Masjid Al Aqsa, masjid ke3 suci bagi umat islam selepas Makkah dan Madinah. Menjadi perebutan antara bangsa Yahudi laknatullah dan umat islam. Penutup tirai 1429H, umat Palestin di Gaza di ganyang tanpa belas kasihan, dewasa dan kanakkanak menjadi korban.
Dimana letaknya persaudaraan Islam, sebahagian umat islam bersekongkol dengan kafir untuk membunuh umat islam sendiri. Kita tidak mempunyai kekuatan untuk bertindak kerana umat islam mundur dan mudah ...........silapnya, kita berpuak dan tidak berpegang pada tali.

SEMOGA, kedatangan tahun baru 1430H (2009M) ini memberi kekuatan pada kita untuk merubah daripada kekalutan dan kebobrokan kepada keagungan yang diberkati.Kita perlu berubah, sedikit demi sedikit. Mulakan dengan diri kita, kemudian mereka dan mereka.

Selamat maju jaya islam, melayu dan malaysia