Rabu, 3 Disember 2008

P36 Kuala Trengganu.

Sebelum itu, Al-Fatihah disedekah kepada bekas timbalan menteri pelajaran Dato' Razali Ismail, yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 November yang lalu.


Dalam masa 60 hari akan datang, akan diadakan satu lagi PRU untuk mencari pengganti beliau bagi mewakili Parlimen Kuala Trengganu. Statistik PRU 13 lalu adalah seperti berikut,

P36 KUALA TERENGGANU
Jumlah Pengundi: 80,325
Peratusan Kaum: M: 88.14% C: 10.94% I: 0.65% L: 0.27%
1. Datuk Razali Ismail (BN) (32,562)
2. Maimun Yusuf (Bebas) (685)
3. Mohamad Sabu (Pas) (31,934)
Majoriti: 628
Jumlah undi: 66,112
Peratus mengundi: 82.31%
Undi rosak: 931
Penyandang: Datuk Razali Ismail (BN)
(Majoriti: 1,933 undi)


Mengikut statistik tersebut, beliau hanya memenangi majoriti kurang daripada 1000 undi.

Persoalannya, adakah keputusan p/r kecil masih akan berpihak kepada UMNO/BN, dalam keadaan UMNO/BN ketika ini dalam keadaan kucar kacir? Sentiasa berbalah sesama UMNO sendiri dan juga antara komponen BN.Pihak pembangkang akan sentiasa mencari ruang untuk memanipulasikan keadaan. Jentera2 pembangkang (penceramah dan blog2 pembangkang) akan memainkan sentimen pengundi supaya pengundi2 membenci UMNO/BN.Mereka mempunyai kelebihan kerana mereka menguasai 5 buah negeri.


Buat masa ini, mungkin masih awal lagi....masih kurang artikel2 yang dikhaskan untuk membantu kempen P36 Kuala Trengganu. Pihak pembangkang telah mula melancarkan perang saraf di dalam blog blog mereka. Mereka telah menggunakan sepenuhnya kuasa internet untuk menghadapi p/raya sejak 10 tahun dulu lagi.Kita bila lagi?


Kita ada banyak blogger yang hebat, yang mempunyai pelbagai akses kepada maklumat. Jadi kita dapat sama berganding bahu berkongsi idea, mempertahan dan menyerang kembali serangan blogger pro-pembangkang.Laman P36 perlu diwujudkan segera untuk menyalur maklumat berkaitan p/raya kecil tersebut....ta'kan kita nak tunggu hari penamaan calon baru nak buat...dah terlambat.

Ahad, 23 November 2008

Majlis Berkhatan beramai ramai.

Sg. Bayor SELAMA :-Pada hari Ahad (23/11/2008) satu majlis berkhatan beramai-ramai diadakan.Seramai 50 kanak kanak dari beberapa buah kampung sekitar Sg. Bayor mengambil bahagian dalam majlis tersebut. Majlis tersebut dimulakan dengan perarakan diiringi paluan kompang. Selepas itu, kanak kanak disembur dengan pancutan air daripada pasukan bomba SELAMA. Kanak kanak berkenaan diberi sedikit jamuan sebelum acara berkhatan dimulakan.

Acara tersebut dirasmikan oleh YB. Dato' Hamzah Zainudin, ahli parlimen Larut merangkap Timb. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Majlis ini dianjurkan bersama Hospital Daerah Selama, Klinik Kesihatan Sg. Bayor dan Krt Sg. Bayor.

Kami warga Sg. Bayor mengucapkan terima kasih kepada YB. Dato' kerana sumbangan beliau untuk menjayakan majlis tersebut.Semoga tahun depan diadakan lagi majlis seperti ini.


Seronok main hujan yee dik...


Sejuk...lain kali jangan main hujan..


Tak takut ke dikkkk....

Perasmian oleh Dato' Hamzah Zainudin.

Anak sahabat saya.....

Jamuan ringan disediakan...

Jangan potong kepala yeee dokk...

Mak dah kata jangan nakal...kan dah kena potong kepala.

Rabu, 19 November 2008

Melencong ke Melaka.

Pada malam jumaat, saya dan keluarga makan angin ke KL dan Melaka sempena cuti sekolah yang baru bermula. Kami tiba Rawang dan rehat di rumah keluarga di sana sebentar. Pkl 1.00pm kami bertolak ke Melaka. Mujurlah jalanraya tak sibokkk.Kami pergi melawat zoo Melaka dan Taman Buaya..lebih kurang pkl 7.00pm kami bertolak ke pusat Bandar Melaka. Kami bermalam di budget hotel di pinggiran Sg Melaka. Keesokan nya kami melawat kota lama Melaka. Begitu ramai pelancong asing dan tempatan melawat tempat2 menarik disekitar bandar Melaka.Tahniah kepada kerajaan Melaka kerana begitu prihatin dengan tahap kebersihan Bandar Melaka.....Yang tak seronoknya...kena saman paking...Sambil itu, sempat berjumpa dengan saudara dekat Melaka(semakin sihat ya kasih).Terima qaseh krn belanja makan asam pedas...Kami bertolak pulang ke KL pkl 2.00pm dan singgah di rumah saudara di Semenyeh pulak.....Malam tu kami pi Putrajaya.....sunyi sungguh Putrajaya di malam hari erkkk...Kami kembali ke Kedah pada hari Isnin.......Kalau ada duit kami p Melaka lagi....


Pintu masuk Zoo Melaka.


Si keci k di zirafahhhh....


Rehat....dkt Menara Taming Sari.

Warna warni Sg. Melaka.

Eye On Melaka.....

Warisan Kota Melaka

Berbunga bunga....penarik beca.

Konsert meganyam sumpit...

Menara jam Kota Melaka.

PICC....sunyinya Putrajaya.



Gambar semasa di Melaka dan Putrajaya....(maaf...gambar kurang memuaskan)

Khamis, 30 Oktober 2008

Raya lagiiii...

Pada 26. 10. 2008 (Ahad) yang lalu, persatuan penduduk kampung kami, JKKK(P), .UMNO Cawangan, Pertubuhan Peladang Kawasan Belia Peladang telah berganding bahu mengadakan rumah terbuka Aidilfitri. Kami bergotong royong membuat persiapan untuk menjayakan hari tersebut.Alhamdulillah, program tersebut berjalan lancar seperti yang dirancang, walaupun terdapat serba sedikit kekurangan.....Dibawah,disertakan gambar2 pada hari terbuka tersebut.
Maaf, kualiti gambar kurang memuakan.

Perasmian oleh ADUN Selama, Dato'Hj. Mohd. Daud B. Mohamad Yusoff
Penyampaian saguhati utk jemaah haji kampung kami.

Tetamu menikmati hidangan.
Sabar menanti...Sebahagian hadirin menanti hidangan disediakan.

Calon ketua Putri Larut & geng.
Kaum ibu turut membantu melayan tetamu.

Dato' bersama penduduk kampung.
Tok ketua Kg. Sg. Berdarah






Selasa, 21 Oktober 2008

Pemilihan Pemuda UMNO Larut.....

Pada waktu ini, 89 pemuda bahagian telah selesai bermesyuarat.Sebahagiannya berjalan dengan lancar dan penuh berhemah. Ada calon yang berjaya mengekalkan jawatan yang disandang, manakala sebahagian yang lain terpaksa menerima hakikat, perwakilan memberi mandat kepada orang baru untuk menerajui pemuda bahagian masing masing.


Di Parlimen Larut, 2 calon telah mendapat lesen untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Larut iaitu Saudara Anuar Ariffin (Bendahari Pemuda Larut) dan Zaidi Dolah seorang kontraktor.Semasa pencalonan , Zaidi Dolah yang mendapat 60% pencalonan manakala Saudara Anuar mendapat 40% pencalonan pemuda cawangan.Selepas hampir 3 minggu berkempen, trend perwakilan telah berubah. Kini, kedudukan setiap calon lebih seimbang. Kedua dua gandingan calon , Anuar-Fendi dan Zaidi- Hj.Amir telah menerangkan manifesto masing untuk menarik perhatian perwakilan supaya memilih gandingan untuk memimpin Pemuda Larut bagi sesi 2008-2011.Semoga perwakilan dapat memilih yang terbaik untuk memimpin pemuda bagi menghadapi PRU ke13.


Sesuatu yang membanggakan, pemilihan kali ini dilihat lebih terbuka di Bahagian Larut.Tiada lagi kejadian ugut/menakutkan perwakilan seperti pemilihan yang lalu. Ini merupakan perkembangan sihat yang diharapkan untuk mengukuhkan kembali kepimpinan UMNO dimata pengundi.Kepada yang terrpilih nanti,mereka perlu bekerja kuat untuk mengembalikan kekuatan pemuda untuk menghadapi PRU ke13. Harapan saya, manifesto yang dibentangkan kepada perwakilan tidak hanya manis dimulut sahaja. Kepada yang menang nanti, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah berusaha untuk merapatkan saf pemuda. Ini untuk mengelakkan berlaku keretakan antara yang menang dan yang kalah.

Dalam pemilihan kali ini juga, saya menawarkan diri sebagai ajk untuk sama sama berganding bahu membina semula pemuda UMNO Larut.Walaupun saya tidak mempunyai apa2 kelebihan, tetapi demi UMNO, saya akan membantu ketua pemuda untuk menjayakan misi pemua.

Sekian.

Ahad, 5 Oktober 2008

Aidilfitri 2008

Hari raya disambut meriah terutamanya kanak kanak.....saya dan keluarga mengambil peluang beraya di rumah ibu saya pada petang raya dan hari raya pertama.Disini diselitkan beberapa gambar yang sempat diambil untuk tatapan rakan dan pengunjung laman saya.(kualiti gambar kurang memuaskan)


Hari raya pertama. Di rumah ibu saya.





Hari raya kedua. Bersama ahli keluarga terdekat .






Hari raya ke 3. Rumah terbuka aidilfitri Parlimen Larut.





Semoga lebaran kali ini mengeratka silraturrahim sesama kita.

Khamis, 25 September 2008

Ramadhan.....

Hari nie....sudah 25 hari kita sebagai umat islam telah berpuasa.Tak lama lagi umat islam akan menyambut hari lebaran dengan penuh kesyukuran.Umat islam dari pelbagai bangsa seluruh pelusuk daerah menyambut hari kemenangan bagi umat islam.....tetapi terdapat juga sebahagian umat islam yang hidup dihimpit ketakutan dan kekalutan. Mereka di Selatan Thai, Wilayah Mindanoa, Palestin, Iraq dan Afghanistan sentiasa diburu oleh peluru tentera penjajah yang tidak mengenal erti kemanusiaan manakala di sebahagian Afrika dihimpit kemiskinan dan kekurangan makanan.Bagi mereka, hari raya tiada erti lagi.Yang penting bagaimana mengisi perut sendiri.Mereka melalui kehidupan ini degan segala kepayahan dan keperitan....

Syukurlah kita Malaysia, di bumi bertuah ini kita dapat menyambut hari yang mulia itu dengan aman dan selesa. Kunjung mengunjung sesama keluarga dan sahabat handai menjadi satu budaya yang unik.Masyarakat pelbagai bangsa menyambut dengan penuh muhibbah tanpa rasa curiga dan syak wasangka.Semoga ia akan berkekalan untuk selama lamanya.

Pada bulan yang mulia ini juga, orang perseorangan dan syarikat syarikat tak kira besar atau kecil berlumba lumba untuk beramal jariah dan menderma kepada golongan kurang bernasib baik supaya golongan ini dapat sama sama merasai kemeriahan hari lebaran. Dimana mana saja, majlis berbuka puasa dianjurkan dan diselitkan dengan pemberian sumbangan kepada golongan tersebut.

Semoga berakhirnya Ramadhan ini akan memberi kita seribu keberkatan dan disambut dengan kemeriahan hari yang bahagia.

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu ikut langkah syaitan.'' (Al-Baqarah: 208).

Sekian Wassalam

Khamis, 18 September 2008

kerepek pisang



Rakan pembaca sekalian,



Saya ada menjual kerepek pisang masin dan maruku pagoda.Harga RM 12/kg.Kepada yang berminat, boleh lah reply melalui blog saya atau melalui e-mel:dol006@yahoo.com.my


Pembelian secara borong juga dialukan tetapi perlu ditempah lebih awal.



Selasa, 9 September 2008

Hari jumaat yang lalu (5 Sept. 2008) , aku ke kl. Aku ke sana atas urusan kerja di KL dan Putrajaya.Selepas selesai urusan kerja, aku pun mengambil peluang untuk meninjau ninjau deretan kedai di Jalan Tunku Abdul Rahman. Suasana begitu sebook dengan gelagat manusia membeli belah.....mungkin persediaan menyambut raya kot. Terdapat juga lorong lorong menjual juadah berbuka puasa.
Yang ingin diperkatakan disini ialah kesesakan lalulintas di Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku AbdulRahman yang tak pernah selesai.Projek pembinaan bangunan yang baru menambahkan lagi kesesakan lalulintas disitu.Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak yang berkaitan tetapi masih tidak dapat merubah apa apa. Setiap hari, warga kota perlu menghadapi kesesakan yang entah bila akan berakhir.Di harap kerajaan berusaha melakukan sesuatu dengan kadar segera untuk mengubah senario di bandaraya metropolitan Kolompo.

Khamis, 28 Ogos 2008

Salam perkenalan..

Hari ini adalah hari pertama, saya menulis blog.Diharap dengan adanya ruangan ini, dapat kita bertukar fikiran dan pendapat samada pro @ kontra.