Selasa, 21 Oktober 2008

Pemilihan Pemuda UMNO Larut.....

Pada waktu ini, 89 pemuda bahagian telah selesai bermesyuarat.Sebahagiannya berjalan dengan lancar dan penuh berhemah. Ada calon yang berjaya mengekalkan jawatan yang disandang, manakala sebahagian yang lain terpaksa menerima hakikat, perwakilan memberi mandat kepada orang baru untuk menerajui pemuda bahagian masing masing.


Di Parlimen Larut, 2 calon telah mendapat lesen untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Larut iaitu Saudara Anuar Ariffin (Bendahari Pemuda Larut) dan Zaidi Dolah seorang kontraktor.Semasa pencalonan , Zaidi Dolah yang mendapat 60% pencalonan manakala Saudara Anuar mendapat 40% pencalonan pemuda cawangan.Selepas hampir 3 minggu berkempen, trend perwakilan telah berubah. Kini, kedudukan setiap calon lebih seimbang. Kedua dua gandingan calon , Anuar-Fendi dan Zaidi- Hj.Amir telah menerangkan manifesto masing untuk menarik perhatian perwakilan supaya memilih gandingan untuk memimpin Pemuda Larut bagi sesi 2008-2011.Semoga perwakilan dapat memilih yang terbaik untuk memimpin pemuda bagi menghadapi PRU ke13.


Sesuatu yang membanggakan, pemilihan kali ini dilihat lebih terbuka di Bahagian Larut.Tiada lagi kejadian ugut/menakutkan perwakilan seperti pemilihan yang lalu. Ini merupakan perkembangan sihat yang diharapkan untuk mengukuhkan kembali kepimpinan UMNO dimata pengundi.Kepada yang terrpilih nanti,mereka perlu bekerja kuat untuk mengembalikan kekuatan pemuda untuk menghadapi PRU ke13. Harapan saya, manifesto yang dibentangkan kepada perwakilan tidak hanya manis dimulut sahaja. Kepada yang menang nanti, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah berusaha untuk merapatkan saf pemuda. Ini untuk mengelakkan berlaku keretakan antara yang menang dan yang kalah.

Dalam pemilihan kali ini juga, saya menawarkan diri sebagai ajk untuk sama sama berganding bahu membina semula pemuda UMNO Larut.Walaupun saya tidak mempunyai apa2 kelebihan, tetapi demi UMNO, saya akan membantu ketua pemuda untuk menjayakan misi pemua.

Sekian.

Tiada ulasan: