Selasa, 9 September 2008

Hari jumaat yang lalu (5 Sept. 2008) , aku ke kl. Aku ke sana atas urusan kerja di KL dan Putrajaya.Selepas selesai urusan kerja, aku pun mengambil peluang untuk meninjau ninjau deretan kedai di Jalan Tunku Abdul Rahman. Suasana begitu sebook dengan gelagat manusia membeli belah.....mungkin persediaan menyambut raya kot. Terdapat juga lorong lorong menjual juadah berbuka puasa.
Yang ingin diperkatakan disini ialah kesesakan lalulintas di Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku AbdulRahman yang tak pernah selesai.Projek pembinaan bangunan yang baru menambahkan lagi kesesakan lalulintas disitu.Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak yang berkaitan tetapi masih tidak dapat merubah apa apa. Setiap hari, warga kota perlu menghadapi kesesakan yang entah bila akan berakhir.Di harap kerajaan berusaha melakukan sesuatu dengan kadar segera untuk mengubah senario di bandaraya metropolitan Kolompo.

Tiada ulasan: