Khamis, 25 September 2008

Ramadhan.....

Hari nie....sudah 25 hari kita sebagai umat islam telah berpuasa.Tak lama lagi umat islam akan menyambut hari lebaran dengan penuh kesyukuran.Umat islam dari pelbagai bangsa seluruh pelusuk daerah menyambut hari kemenangan bagi umat islam.....tetapi terdapat juga sebahagian umat islam yang hidup dihimpit ketakutan dan kekalutan. Mereka di Selatan Thai, Wilayah Mindanoa, Palestin, Iraq dan Afghanistan sentiasa diburu oleh peluru tentera penjajah yang tidak mengenal erti kemanusiaan manakala di sebahagian Afrika dihimpit kemiskinan dan kekurangan makanan.Bagi mereka, hari raya tiada erti lagi.Yang penting bagaimana mengisi perut sendiri.Mereka melalui kehidupan ini degan segala kepayahan dan keperitan....

Syukurlah kita Malaysia, di bumi bertuah ini kita dapat menyambut hari yang mulia itu dengan aman dan selesa. Kunjung mengunjung sesama keluarga dan sahabat handai menjadi satu budaya yang unik.Masyarakat pelbagai bangsa menyambut dengan penuh muhibbah tanpa rasa curiga dan syak wasangka.Semoga ia akan berkekalan untuk selama lamanya.

Pada bulan yang mulia ini juga, orang perseorangan dan syarikat syarikat tak kira besar atau kecil berlumba lumba untuk beramal jariah dan menderma kepada golongan kurang bernasib baik supaya golongan ini dapat sama sama merasai kemeriahan hari lebaran. Dimana mana saja, majlis berbuka puasa dianjurkan dan diselitkan dengan pemberian sumbangan kepada golongan tersebut.

Semoga berakhirnya Ramadhan ini akan memberi kita seribu keberkatan dan disambut dengan kemeriahan hari yang bahagia.

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu ikut langkah syaitan.'' (Al-Baqarah: 208).

Sekian Wassalam

Tiada ulasan: