Rabu, 16 Disember 2009

Dimana AJK Pemuda Larut DUN Selama...?



Barisan ajk Pemuda Larut.

Dulu..penghujung 2008
Kita imbas kembalii.....di penghujung tahun 2008...nostalgia nihh.
Jika waktu itu , kita semua sanggup berjaga malam, lepak di kedai mamak hingga 5 pagi (mamak terpaksa tambah meja), bersahur di kedai K'OK dan pusing pusing kawasan. Tidak lokek berbelanja , senyuman sentiasa dibibir hitam manis dan penuh jenaka. Tidak kering gusi. Ada yang tiada dalam senarai calon, pun seronok nak bertanding, pusing pintu belakang dan menang undi tertinggi.....sembang di kedai mamak "kalau aku menang ,kena kerja kuat, kita pakat pakat buat".Hebat...penuh dengan semangat berkobar kobar dan mamak bertambah kaya. Yang no 2 plak.. sokong lah aku , lani aku tak pande cakap, lepas nie aku belajar nak cakap....Geng geng bawah sokong...sebab orang kita, tak'kan nak biaq dia tunggeng.
Yang aku plak...mula mula tuuuu...aku ikut geng lainn....Kerna Terpaksa(lagu sapa taktau)....lepaih tuu aku kona baringgg... dekat nak jatuhhhh paritt....prinsip bebb......biar aku lunyai daripada aku rela paksa.....nasib baikk.

Keputusan.....DUN Selama menang 8 ajk.....terkejut beruk gak.....termasuk undi tertinggi.

Laniiee...penghujung 2009.
Dimana kita semua ? Adakah kita semua sudah lupa janji untuk sama sama menggerakkan Pemuda UMNO Larut. Atau, kita sebenarnya hanya seronok untuk berebut jawatan. Kerana jawatan boleh dijadikan batu loncatan untuk lain lain hal. Atau, kita masih berpuak puak, seperti semasa kita berkempen. Teringat saya satu ayat yang dihamburkan oleh ajk Pemuda DUN Selama. "Kalau ketua kita kalah, aku takleh kerja ngan dema.Letak jawatan pun takpa" Dan terbukti kawan kita ini dah tak ambik pot. Ada jugak kawan kita sebokk memanjang, kambing tak bagi makan lagi laa....kerbau sakit perut laaa...masa berebut dulu tak pikiaq pun. Atau kita suka mencari alasan..."tengok KP, mentang mentang dia orang B K, semua program angkut p sana". Orang No 2 plak...macam nak lariii....dulu ligan nak bagi menang...laniee....INGAT...orang SELAMA pilih bukan saja saja. Kita dimenangkan bersama tanggungjawab. Kita perlu menguruskan kemenangan kita untuk membantu masyarakat kita setakat yang kita mampu.

Sebagai barisan PEMUDA yang terpilih, dibahu kitalah yang dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat bawahan terutama golongan belia. Walaupun kita merasakan bahawa golongan ini masih menyokong parti UMNO, tetapi jika kita biarkan tak mustahil sokongan ini akan beralih arah. Golongan belia kini lebih cerdik dan kritis. Mereka melihat dan membaca gerak geri pemimpin yang mereka pilih. Jangan biarkan mereka membangkang disebabkan kita tidak buat kerja. Harapan saya semoga barisan ajk
dapat berganding bahu untuk mengatur dan menjalankan program yang sesuai di DUN Selama. Diharap NKP lebih proaktif untuk memikirkan apa yang patut dilakukan demi kebaikan Pemuda DUN Selama. Zaman lanie bukan macam dulu, zaman pak hangguk.... lanie zaman orang berfikir dengan mata hati.

1 ulasan:

zam gen2 berkata...

saya ahli umno,pemuda umno cawangan pekan selama.memang tidak dinafikan beginilah politik melayu sekarang.boleh dikatakan saya tidak pernah menghadiri mesyuarat parti atas dasar tidak mengetahui dan tidak diberitahu langsung akan segala aktiviti. melalui pengamatan saya apabila mempunyai sedikit masa setelah tamat pengajiaan...kurangnya aktiviti yang melibatkan kaum belia di parlimen larut..saya tertanya2 dimana mereka yg berjawatan mewakili suara perwakilan