Selasa, 15 September 2009

Selamat Menyambut Lebaran.

Ucapan SELAMAT HARI RAYA ditujukan kepada semua pengunjung laman ini dan seluruh muslimin dan muslimat dan selamat bercuti kepada non-muslim. Saya ingin memohon maaf diatas segala kekurangan dan ketidakpuasan hati rakan rakan dan kawan kawan terhadap saya sepanjang kita bersua muka dan bertingkah kata. Sesungguhnya yang baik itu daripadaNYA dan kelemahan itu daripada saya.

Kepada Anuar Ariffin (Tn KP Larut) , Mohd Affendi Teridi (N KP) dan seluruh barisan ajk PPUM Larut (Cg. Faizol UK, Fendi SS, Mat GP, Halim S.K, Faizal SJ, Khairol KM, Mt Noor Bt3, Joe Teras, Ex KG, Cg. Mat, Cg. Hafiz S, Jalil KP , Cg. Imran KP, Cg. Azizul KJ, Mail KJ , Azmi PK , Hj. Amir, Bob and Saiful).
Kepada rakan rakan KP Cawangan Zon A (Azehar DH, Mat Usop UD, Hassan UN, Fuad KG, Fadzli KT, Yusaidi BJ, Zuraidi SR, Nasri KTdan Arshad BB) sokongan daripada tuan tuan semua adalah dihargai.

Kepada seluruh rakan setugas di UniKL MSI yang telah banyak membantu saya terutamanya Tn Fadly, jasa tuan tidak dilupakan. Semoga allah merahmati kita semua. Insya allah...


"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (133) Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (134)سُوۡرَةُ آل عِمرَان "
.

Selamat Hari Raya.Maaf Zahir Batin.

Rabu, 24 Jun 2009

Muncul kembaliiiii...

Setelah beberapa bulan tidak menukil, kini saya kembali untuk meng-update blog. Ini disebabkan oleh kesibukan dan menumpukan rutin harian. Walaupun agak lewat...di sini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan rakan dan penjengok laman ini.

Di sepanjang bulan puasa ini, selain daripada aktiviti moreh dan berterawih, kebanyakan daripada umat islam berlumba lumba untuk membuat kebajikan. Rumah anak anak yatim, warga tua dan yang kurang berkemampuan dikunjungi dan di beri serba sedikit sumbangan untuk meringankan beban menyambut hari raya yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. Kami warga PPUM Larut juga tidak ketinggalan untuk melakukan ziarah dan memberi sumbangan setakat yang kami mampu. Tahniah kepada KP Larut yang mengambil inisiatif bersama rakan rakan untuk mencari dana untuk memberi sumbangan kepada warga yang terpilih. Semoga setiap yang dilakukan akan diredhoi oleh allah swt. Sila masuk http://pemudaumnolarut.blogspot.com untuk sama sama menziarahi mereka yang terpilih bersama KP Larut .

Rabu, 18 Mac 2009

3 hari 2 malam di ILMU

Bermula 13 Mac 2009 sehingga 15 Mac 2009,lebih 400 pemuda UMNO seluruh Perak berkampung Intstitut Latihan Merperkasa UMNO (ILMU) di Janda Baik Pahang. Program ini dikendalikan oleh BTN bertujuan untuk mempersiapkan jentera pemuda bagi menghadapi PRK P059 Bukit Gantang. Perasmian pembukaan disempurnakan oleh SUK Pemuda UMNO Malaysia.

Hari pertama, penayangan video sejarah perjuangan Melayu menuntut kemerdekaan dan cabaran cabaran. Sesi ceramah oleh Setiausaha Sulit MB Pahang bertajuk cabaran yang sedang dilalui oleh umat Melayu/UMNO dalam era globalisai. Antara intipati penting ceramah beliau ialah adanya agenda tersembunyi Pakatan Pembangkang untuk meruntuhkan institusi Melayu seperti kedaulatan Raja Raja Melayu dan menghapuskan keistimewaan Melayu.Beliau menyeru orang Melayu terutama anak2 muda supaya cepat sedar dengan permainan politik pembangkang yang diketuai oleh DSAI.

Hari kedua, latihan simulasi PRK P059 dijalankan. Pemuda didedahkan dengan realiti sebenar
PRK. Kami dipecahkan kepada 3 kumpulan yang mewakili parti BN, Pas dan Bebas. Masing masing berkempen untuk memenangkan parti masing. Pelbagai kaedah dilakukan untuk memikat hati pengundi supaya menyokong parti masing2.
Hari terkahir, pengundian dijalankan. Majlis penutup dirasmikan oleh YB. Dato, Seri Hishamuddin Tun Hussien, Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Dalam ucapannya, beliau mengharapkan kebangkitan pemuda UMNO bermula di Negeri Perak dengan merampas kembali kerusi P059 Bukit Gantang daripada pembangkang. P059 Bukit Gantang begitu penting bagi survival politik UMNO khususnya dan BN keseluruhannya bagi menghadapi PRU ke 13.
Kesimpulan daripada kursus tersebut...
1) Pemuda UMNO perlu diterapkan jatidiri supaya tidak mudah goyah menghadapi dakyah
pembangkang.
2) Pemuda UMNO perlu lebih agresif/berani dalam menghadapi provokasi pembangkang.
Gambar gambar di ILMU
Majlis perasmian oleh YAB. KP UMNO.

KP Malaysia bersama KP Perak dan Ketua Fasilitator.

Sebahagian daripada para peserta program.

Simulasi kempen P059 Bkt. Gantang.

Gelombang Pemuda Perak