Ahad, 10 Januari 2010

Program "Back to school" Pemuda UMNO Larut.

Kelmarin, bertempat di Dewan Orang Ramai Sg. Bayur Pemuda UMNO Larut menyampaikan sumbangan alatan persekolahan untuk sekolah rendah. Seramai 150 orang pelajar kurang berada telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Larut YBM Dato' Raja Ahmad Zainuddin. Lebih lanjut lihat di http://pemudaumnolarut.blogspot.com/

Khamis, 31 Disember 2009

2 Hadiah tahun baru...untuk 1Malaysia & 1 Umat.

Sempena tahun baru 2010 yang baru disambut malam tadi...kita telah dihadiahkan oleh pengumuman kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 seperti diumumkan disini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm. Kenaikan ini menjadikan harga gula kini RM1.65...ini bermakna, selepas ini para peneroka Felda akan menikmati bonus yang lebih tinggi terutamanya Felda Chuping Perlis. Nasihat saya.... kurangkan gula dalam makanan dan minuman...sebabnya: semut mati kerana gula.
http://www.gua.com.my/Lifestyle/HealthBeautyDetail.aspx?ArticleID=4268&Shared=Pending.

Itu cerita gula. Ini pulak berkaitan penggunaan perkataan ALLAH oleh HERALD, sebuah majalah Kristian. Keputusan memihak kepada HERALD seperti diwartakan disini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm.
Nampaklah polemik penggunaan perkataan ALLAH akan berterusan selepas ini. Di mana dan apakah pendirian parti politik yang didominasi oleh orang Islam samada PAS atau UMNO serta NGO - NGO Islam yang lain. Kalau dulu, semasa PPSMI dipraktikkan, mereka sanggup berdemo dan bersorak mendesak kerajaan untuk memansuhkannya. Tapi kali ini isu yang lebih besar yang melibatkan akidah umat masa depan, takkan tiada usaha untuk menghalangnya.FIKIRKANLAH.

Demo bantah PPSMI tahun 2008.

Lebih lanjut ada disini...http://puterinafisah.blogspot.com/2009/12/gerhana-di-tahun-baharu-2010.html

Rabu, 30 Disember 2009

Selamat Tahun Baru 2010M.

Tepat jam 12.00.01 malam tadi, telah beralih tahun daripada tahun 2009 ke tahun 2010. Peralihan ini akan menambahkan usia kita. Semoga dengan kehadiran tahun 2010, kita akan menjadi lebih baik di dalam setiap tindakan yang akan dibuat dan setiap langkah yang diputuskan. Harapan kami rakyat marhein ialah supaya kerajaan dapat mengurus negara ini dengan lebih baik. Memastikan pertumbuhan pada kadar 5% dan mengujudkan peluang pekerjaan baru. Membantu mengurangkan kadar kemiskinan bandar dan luar bandar, meringankan beban pendidikan dan rawatan kesihatan kritikal. Kerajaan juga perlu menitikberatkan industri pertanian untuk membantu penduduk luarbandar. Setiap intensif perlu lebih terbuka dan telus.

Bagi saya.. suhu politik dapat diturunkan bagi tahun 2010, untuk membantu kerajaan melaksanakan segala perancangan yang telah diaturkan untuk memacu negara ini kearah negara yang lebih sejahtera.




SELAMAT TAHUN BARU 2010.